Tuesday, March 3, 2009

Soal-jawab mengenai i-Power

S Bagaimanakah i-Power menjimatkan tenaga letrik?
J i-Power dengan serta-merta akan menambahbaik Pf perperalatanan letrik anda sebaik saja i-Power dihidupkan.

S Apakah dia Power Factor?
J Tenaga letrik domestik adalah alternating current. Perperalatanan letrik menukarkan tenaga letrik kepada kuasa. Kecekapan perperalatanan menukarkan tenaga letrik kepada kuasa diukur dengan Power Factor (Pf). Pf = 1 adalah kecekapan optima dan tiada tenaga letrik yang terbuang. Secara reality, ini tidak mungkin tercapai kerana terdapat dua rintangan (resistance) dalam setiap perperalatanan letrik; rintangan bolehukur (measurable) dan tidakboleh ukur (virtual). Virtual resistance diterbitkan oleh coils dan capacitors dalam perperalatanan letrik itu sendiri dan mengakibatkan berganjaknya jalur (band shift) antara tenaga letrik dibekalkan dengan voltage dihasilkan. Band shift ini akan mengakibatkan kurangnya kuasa perperalatanan letrik (Pf < 1). Bila Pf < 1, lebih banyak tenaga letrik diperlukan. Sebagai contoh, bila Pf = 0.7, kita memerlukan 1/0.7 = 1.428 X tenaga untuk perperalatanan letrik kita berfungsi sebagai Pf = 1.

S. Berapakah penjimatan?
J. Setiap pengilang perperalatanan letrik mempunyai strategi dan pengkosan masing-masing apabila merekabentuk sesuatu produk baru. In bermakna berlainan Pf. Di Jepun contohnya, pengilang akan membuat barangan yang mempunyai Pf yang tinggi disebabkan kos letrik yang tinggi manakala di China, Pf bukanlah merupakan factor terpenting. Oleh itu, setiap produk mempunyai Pf yang berlainan. Secara hitung panjang, perangkaan dari pengguna i-Power meyebut penjimatan dari 10% - 50%.

Tempoh ujian : 1 jam Sebelum i-Power Selepas i-Power % Jimat
Komputer 0.91 kwh 0.52 kwh 42.9
Kipas Meja 0.22 kwh 0.20 kwh 30.1
Pengering Rambut 0.08 kwh 0.06 kwh 25
Air-condition 4.32 kwh 3.11 kwh 28

S. Mengapakah Pengeluar Tenaga Letrik tidak memperkenalkan peralatan penjimat letrik?
J. Sumber pendapatan utama Pengeluar Tenaga Letrik ia lah dari bil letrik yang kita bayar. Lagi banyak tenaga letrik yang kita gunakan, lagi tinggilah pendapatan mereka. Oleh itu, tiada sebab mengapa mereka harus memperkenalkan peralatan penjimat tenaga letrik.

S. Adakah kita menipu bila menggunakan i-Power?
J. Tidak, kerana penggunaan i-Power adalah seperti penggunaan peralatan letrik yang lain seperti TV, pemain DVD dan peralatan-peralatan letrik yang lain. Tenaga letrik yang mengalir melalui i-Power telah direkodkan oleh meter letrik dan tiada penipuan.

S. Adakah i-Power satu-satunya peralatan penjimat letrik?
J. Tidak, banyak alat-alat yang serupa terdapat di pasaran. Contohnya, ETS Energy Saver.

S. Berapa lamakah jangkahayat i-Power?
J. Kami menawarkan 1 tahun warranty dan jangkahayat i-Power bergantung kepada kestabilan litar letrik domestik. Sistem litar lama atau baru dan bebanan juga menentukan jangkahayat i-Power. Kami yakin, dalam apa juga situasi, i-Power boleh bertahan sehingga 4 – 5 tahun. Jika persekitaran adalah sangat stabil, i-Power boleh bertahan sehingga 10 tahun.

S. Bagaimanakah penggunaan i-Power?
J. i-Power boleh digunakan di mana mana sahaja di dalam rumah dan digunakan berhampiran dengan peralatan letrik yang kita ingin jimatkan penggunaan tenaga letriknya. i-Power berkesan serta merta sebaik sahaja ia dipasang pada litar yang sama dengan peralatan letrik.

S. Bagaimanakah hendak memastikan yang i-Power itu berkesan
J. Kita boleh menggunakan alat pembaca yang biasa (ammeter / wattage meter) untuk memastikan penggunaan tenaga sebelum dan selepas menggunakan i-Power. Untuk bacaan yang lebih tepat, cerapan harus dilakukan untuk beberapa jam.

S. Adakah perlu lebih dari satu i-Power untuk penjimatan optima?
J. i-Power perlu digunakan berhampiran dengan peralatan letrik yang ingin kita jimatkan penggunaan tenaga letriknya. Bila i-Power terletak jauh dari peralatan tersebut, rintangan pada wayar akan mengurangkan keberkesanan i-Power. Dalam kes-kes sebegini, kita memerlukan 2 atau 3 i-Power untuk peralatan-peralatan letrik yang berbeza.

S. Adakah i-Power selamat untuk digunakan?
J. i-Power direkabentuk dengan kotak luar yang tahan-api. Di bahagian dalam,i-Power mempunyai cip mikro voltan yang akan mematikannya sebaik sahaja lebih muatan dikesan. Oleh itu, i-Power adalah 100% selamat untuk digunakan.

No comments:

Post a Comment