Tuesday, March 3, 2009

Penciptaan i-Power


Penciptaan i-Power

Kehidupan kita amat bergantung kepada tenaga letrik kerana kita menggunakan banyak peralatan letrik untuk menjalani kehidupan seharian. Sebagai contoh, kita menggunakan water dispenser untuk mendapat air sejuk atau panas pada bila bila masa. Makanan beku sentiasa ada didalam peti sejuk kita. Nasi dan air boleh dimasak dalam masa hanya beberapa minit. Kesemua ini tidak mungkin dilakukan tanpa tenaga letrik.

Bagaimanakah tenaga letrik dijana?

80% dari tenaga letrik dijana dengan membakar bahanapi fosil atau hasil petroleum.Tenaga baru seperti nuklear, angina dan solar masih belum popular dan hanya menyumbang 10% dari keperluan tenaga kita.

Tidak dapat dinafikan bahanapi fosil akan habis satu hari nanti dan kenaikan harga letrik tidak dapat dielakkan. Kita tiada mempunyai pilihan selain dari membayar untuk letrik yang tanpanya kehidupan kita menjadi sukar.

Untuk penjimatan, kita perlu belajar bagaimana untuk mengurus and menambahbaik kecekapan penggunaan tenaga .

i-Power merupakan satu ciptaan Zeromax untuk menjimat tenaga letrik dan pada masa yang sama memulihara perperalatanan letrik. Untuk memahami fungsi i-Power, kita perlu memahami satu konsep yang dinamakan “Power Factor (Pf). Pf ia lah petunjuk kecekapan sesuatu peralatan letrik apabila voltan dan aliran letrik dibekalkan padanya. Pf = 1 menunjukkan situasi sempurna dan peralatan letrik pada tahap optimum.

Untuk mendapat nilai Pf yang lebih baik, perperalatanan letrik yang dibuat di negara-negara maju banyak menggunakan teknoloji cip mikro. Pf yang tinggi akan mengurangkan penggunaan tenaga letrik dan ketidakseimbangan voltan yang dapat melindungi dan memanjangkan hayat perperalatanan letrik.

Sebalikya, terdapat juga perperalatanan letrik yang dibuat tanpa mengambilkira Pf tetapi lebih mementingkan harga jualan, kos pengeluaran, mencabul hakcipta, dll. Kebanyakan kita mengambilkira faktor harga bila membeli perperalatanan elekrik tanpa memperdulikan Pf peralatan tersebut. Dalam jangka panjang, kita sebenarnya membayar lebih untuk bil letrik kita.

i-Power dicipta untuk membantu pengguna menjimatkan bil letrik, memanjangkan jangkahayat perperalatanan letrik dan menyumbang kepada melestarikan (conserve) tenaga.

No comments:

Post a Comment